Mengalami sakit gigi yang berdenyut-denyut dan tidak tertanggung? Ini mungkin petanda jangkitan serius pada saraf gigi anda. Rawatan akar gigi sering dianggap menakutkan oleh ramai pesakit di Klinik Pergigian Lumiere Dental. Namun hakikatnya, prosedur ini adalah salah satu rawatan pergigian yang penting untuk menyelamatkan gigi yang rosak teruk tanpa perlu mencabutnya.
Dengan teknologi moden, prosedur ini kini lebih selesa dan hampir tidak menyakitkan berbanding dengan dahulu. Ramai pesakit yang menjalani rawatan ini sebernanya berasa lega selepas mengetahui bahawa gigi mereka masih boleh diselamatkan. Jika anda masih ragu-ragu, berikut adalah 5 kebaikan utama menjalani rawatan akar gigi.
1. Legakan Sakit Gigi Dengan Cepat
Sakit gigi akibat jangkitan saraf boleh menjadi sangat teruk. Rawatan ini membantu menghapuskan punca kesakitan dengan membersihkan bahagian dalam gigi (saraf), sekaligus memberikan kelegaan yang ketara.
Selepas rawatan, kebanyakan pesakit akan merasakan pengurangan sakit secara drastik kerana tekanan dan jangkitan dalam gigi telah dihapuskan sepenuhnya.
2. Menyelamatkan Gigi Asli
Rawatan akar gigi membolehkan doktor gigi membuang tisu saraf yang dijangkiti tanpa perlu mencabut gigi. Ini bermakna anda dapat mengekalkan gigi asli, yang lebih baik untuk fungsi mengunyah dan kesihatan mulut secara keseluruhan. Tanpa rawatan ini, gigi yang dijangkiti mungkin perlu dicabut sepenuhnya.
Dengan rawatan ini, doktor gigi dapat membersihkan bahagian dalam gigi yang rosak tanpa mengganggu struktur luar gigi tersebut.
Menjaga gigi asli adalah sangat penting kerana ia membantu mengekalkan fungsi kunyahan, susunan gigi, dan kestabilan rahang secara keseluruhan. Gigi asli juga lebih kuat dan lebih selesa berbanding gigi gantian dalam jangka panjang.
3. Mencegah Jangkitan Merebak
Jika tidak dirawat, jangkitan gigi boleh merebak ke gusi dan tulang rahang jika tidak dirawat.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesakitan yang lebih teruk, tetapi juga boleh membawa kepada komplikasi kesihatan mulut yang lebih serius seperti abses gigi. Oleh itu, rawatan akar gigi dapat menghentikan penyebaran jangkitan ini dengan membersihkan sepenuhnya sebahagian dalam gigi.
Rawatan ini bukan sahaja membantu satu gigi sahaja, tetapi juga melindungi kesihatan mulut anda secara menyeluruh.
4. Meningkatkan Fungsi Mengunyah
Selepas rawatan akar gigi, pemasangan crown gigi akan dibuat pada gigi tersebut untuk memberikan perlindungan tambahan dan kekuatan struktur.
Dengan pemasangan crown, gigi yang dirawat boleh berfungsi seperti biasa. Anda boleh makan tanpa rasa sakit atau ketidakselesaan.
Ini sangat penting kerana fungsi mengunyah yang baik membantu sistem penghadaman dan kualiti hidup secara keseluruhan. Gigi yang stabil juga mengelakkan tekanan berlebihan pada gigi lain.
5. Menjimatkan Kos Jangka Panjang
Walaupun kos rawatan akar gigi mungkin kelihatan tinggi pada awalnya, ia sebenarnya lebih menjimatkan berbanding mencabut gigi dan menggantikannya dengan implan atau jambatan gigi pada masa depan.
Jika gigi dicabut, anda mungkin perlu menggantikannya dengan implan gigi, jambatan gigi, atau gigi palsu, yang semuanya memerlukan kos lebih tinggi dan rawatan berulang.
Dengan menyelamatkan gigi asal melalui rawatan akar gigi, anda dapat mengelakkan kos tambahan pada masa hadapan serta mengurangkan keperluan rawatan kompleks.
Soalan Lazim (FAQs)
Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya oleh pesakit.
- Adakah rawatan akar gigi sakit?
Tidak. Dengan penggunaan bius moden, rawatan akar gigi biasanya tidak menyakitkan. Kebanyakan pesakit hanya merasa sedikit ketidakselesaan, dan rasa sakit akan hilang selepas rawatan selesai. - Berapa lama rawatan akar gigi mengambil masa?
Kebiasaannya, rawatan mengambil masa antara 1 hingga 3 sesi, bergantung kepada tahap jangkitan dan keadaan gigi. Setiap sesi mungkin berlangsung sekitar 60–90 minit.
- Apakah tanda anda memerlukan rawatan akar gigi?
Sakit gigi berdenyut yang berpanjangan, sensitif terhadap panas atau sejuk, gusi bengkak atau bernanah dan perubahan warna gigi. - Apa yang perlu dielakkan selepas rawatan akar gigi?
Selepas rawatan, elakkan mengunyah makanan keras pada gigi yang dirawat dan jangan makan makan an terlalu panas atau sejuk. - Berapa lama gigi boleh bertahan selepas rawatan akar?
Dengan penjagaan yang baik, gigi yang telah menjalani rawatan akar boleh bertahan bertahun-tahun atau seumur hidup. Pemasangan mahkota gigi juga membantu meningkatkan ketahanan.
Kesimpulan
Rawatan akar gigi bukan sahaja menyelamatkan gigi, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan mulut secara menyeluruh. Ia memberikan peluang kepada pesakit untuk mengekalkan gigi asli tanpa perlu melalui cabutan yang tidak diinginkan.
Jangan tunggu sehingga sakit menjadi lebih teruk. Dengan teknologi pergigian moden, prosedur ini kini lebih selesa, selamat, dan berkesan dalam menghilangkan kesakitan serta mencegah jangkitan daripada menjadi lebih serius.
Kunjungi Klinik Pergigian Lumiere Dental untuk pemeriksaan profesional dan rawatan yang selesa. Penjagaan awal sentiasa menjadi kunci kepada kesihatan gigi yang lebih baik dalam jangka panjang.