Rawatan akar gigi (root canal treatment) merupakan prosedur perubatan pergigian yang selamat dan berkesan untuk menyelamatkan gigi asli yang telah mengalami kerosakan teruk atau jangkitan saraf tanpa mencabutnya. Ramai pesakit berasa bimbang apabila mendengar tentang prosedur ini, namun dengan teknologi moden di Lumiere Dental Clinic, proses ini kini jauh lebih selesa dan pantas. Menyelamatkan gigi asli adalah sentiasa menjadi pilihan utama berbanding cabutan kerana ia mengekalkan struktur rahang dan fungsi kunyahan yang semulajadi.
Mengapa rawatan akar gigi selamat dan berkesan?
Terdapat beberapa faktor utama yang menjadikan prosedur ini sebagai standard emas dalam bidang endodontik:
- Kadar Kejayaan Tinggi: Banyak kajian menunjukkan kadar kejayaan prosedur ini melebihi 95% dalam mengurangkan kesakitan dan mengekalkan fungsi gigi tanpa memerlukan cabutan.
- Penyelamatan Gigi Asli: Struktur gigi asal amat penting untuk dikekalkan supaya dapat menggigit dengan sempurna dan mengelakkan gigi lain daripada beralih arah atau menjadi condong.
- Prosedur Tanpa Sakit: Penggunaan bius moden memastikan prosedur rawatan akar gigi lancar dan memastikan pesakit tidak merasa sakit sepanjang tempoh rawatan di Lumiere Dental Clinic.
- Pencegahan Jangkitan: Selepas akar gigi dibersihkan, saluran akar akan diisi dengan bahan khas (gutta percha) untuk menutup ruang tersebut dan mencegah jangkitan kuman pada masa hadapan.
Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, penjagaan kesihatan oral yang baik termasuklah menangani jangkitan pulpa dengan segera bagi mengelakkan abses atau nanah yang boleh menjejaskan tulang rahang.
Siapa yang sesuai untuk rawatan akar?
Rawatan akar gigi biasanya diperlukan jika anda mengalami simptom-simptom berikut yang menunjukkan saraf gigi telah terjejas:
- Sakit gigi yang berdenyut secara tiba-tiba atau rasa sakit yang berpanjangan terutama pada waktu malam.
- Gigi yang sangat sensitif terhadap suhu panas atau sejuk dalam tempoh lama walaupun rangsangan telah dialihkan.
- Gusi bengkak, kemerahan, atau muncul nanah di sekitar gigi yang rosak.
- Gigi yang patah atau retak sehingga menjejaskan bahagian saraf (pulpa).
- Perubahan warna gigi menjadi lebih gelap akibat kematian saraf di dalam.
Jika anda mengalami salah satu daripada simptom ini, anda boleh merujuk kepada pakar pergigian am kami untuk pemeriksaan lanjut.
Panduan Ringkas Prosedur di Lumiere Dental Clinic
Prosedur ini dilakukan dengan teliti menggunakan peralatan steril bagi menjamin keselamatan pesakit:
1. Pemeriksaan dan Diagnosa
Pemeriksaan klinikal dan sinar-X dijalankan untuk menilai keadaan gigi dan sejauh mana jangkitan telah merebak ke bahagian tulang.
2. Pembersihan
Selepas gigi dibius, saraf dan tisu yang dijangkiti dikeluarkan daripada saluran akar dengan berhati-hati.
3. Disinfeksi
Saluran dibersihkan menggunakan larutan khas daripada kuman untuk memastikan tiada sisa jangkitan yang tertinggal di dalam kanal.
4. Pengisian
Ruang kosong diisi dengan bahan pengisi bagi mengukuhkan struktur dalaman gigi.
5. Bilangan Sesi
Biasanya memerlukan 1 hingga 2 sesi bergantung kepada tahap keparahan kerosakan gigi dan bilangan saluran akar yang perlu dirawat.
Kos rawatan akar
Kos bagi prosedur ini tidak tetap dan akan ditentukan oleh beberapa faktor utama seperti kedudukan gigi di dalam mulut serta tahap kerumitan kes tersebut. Secara amnya, faktor penentu kos termasuk:
- Lokasi klinik gigi dan kemudahan teknologi yang digunakan.
- Sama ada ia adalah prosedur pertama atau rawatan semula (retreatment).
- Bilangan akar gigi (gigi geraham mempunyai lebih banyak saluran akar berbanding gigi depan).
- Sama ada ia dilakukan sebagai prosedur rutin atau kecemasan.
Kos biasanya boleh dibayar dengan ansuran di Lumiere Dental Clinic bagi memudahkan pesakit. Ia lebih murah untuk merawat gigi depan kerana mudah diakses dan hanya mempunyai satu saluran akar. Secara purata, kos rawatan akar gigi hadapan di Malaysia adalah sekitar RM700 ke atas, manakala gigi bicuspid (gigi sebelum geraham) adalah sekitar RM800 hingga RM1000. Gigi geraham belakang lebih sukar dicapai dan dibersihkan, maka kos rawatan bermula dari RM1200 ke atas.
Penting untuk difahami bahawa merawat semula gigi merupakan proses yang rumit dan memakan masa, yang selalunya disertai dengan kos tambahan. Walaupun kosnya mungkin kelihatan tinggi, ia adalah pelaburan yang lebih jimat berbanding melakukan cabutan dan memasang implat gigi atau jambatan gigi kemudian hari.
Apa yang boleh dijangkakan selepas rawatan akar gigi?
Anda mungkin merasai ketidak-selesaan atau sensitfi untuk beberapa hari selepas rawatan akan. Ini merupakan simptom biasa dan boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat. Sekiranya anda mengalami kesakitan yang ketara selepas rawatan saluran akar, sila menghubungi dengan doktor gigi.
Soalan Lazim (FAQs)
- Gigi perlu ditampal selepas rawatan akar?
Ya, kerana pulpa sudah tiada selepas rawatan akar, gigi akan kehilangan lembapan/air, gigi jadi lebih rapuh dan senang pecah. Korona akan disyorkan untuk menguatkan gigi.
- Berapa lama boleh tahan?
Gigi selepas rawatan akar masih gigi asli anda, tanpa penjagaan yang betul, gigi akan jadi rosak. Jika gusi atau tulang sekitar gigi tidak dijaga baik, gigi akan jadi longgar dan doktor gigi akan mencadangkan cabutan gigi tersebut. - Gigi tidak akan sakit selama-lamanya?
Gigi selepas rawatan akar yang baik tidak akan terasa masam atau sensitif, tapi gusi atau tulang sekitar gigi masih hidup dan membekalkan nutrient ke permukaan luar akar gigi dan membuat gigi teguh dalam tulang. Semasa gigitan, tulang atau gusi gigi masih ada rasa tekanan. - Apakah risiko rawatan akar?
Jika kanal akar terlalu sempit atau bengkok, hujung alat halus mungkin patah. Instrumen patah mungkin boleh dilepasi atau menjadi sebahagian bahan sumbatan kanal. Jika infeksi bernanah berterusan, kemungkinan tulang sudah terhakis, pembersihan dari hujung akar mungkin dicadangkan dengan kos tambahan. - Alternatif rawatan akar
Sekiranya rawatan akar tidak dijalankan, cabutan mungkin diperlukan. Selepas cabutan, gigi palsu/implant/jambatan gigi akan dicadangkan untuk menutup ruang yang terjadi. Jika ruang cabutan tidak dipulihkan, masalah kosmetik, gigitan akan berlaku dan menyebabkan penyakit gusi dan gigi yang lebih teruk.
Kesimpulan
Menyelamatkan gigi asli dengan rawatan akar adalah lebih bermanfaat pada masa jangka yang panjang. Rawatan akar dapat mengekalkan gigi asli dan memulihkan fungsi gigitan dan kosmetik. Sekiranya anda memerlukan rawatan akar tetapi bimbang untuk mendapatkannya, sila tempah temujanji ada sekarang dengan Lumiere Dental. Biar doktor gigi profesional kami mengguna teknologi pergigian terkini untuk mencapai hasil terbaik.