Dengan pelbagai pilihan di pasaran, dua jenis yang biasa digunakan ialah crown seramik (ceramic crown) dan crown logam (metal crown). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Dalam artikel ini, kami akan bantu anda untuk memahami perbezaan utama antara crown seramik dan logam supaya anda dapat membuat keputusan termaklum bersama doktor gigi kami di Lumiere Dental Clinic.
Crown gigi, atau mahkota gigi merupakan penutup/ sarung tiruan yang disimen pada permukaan atas gigi yang lemah dan berlubang untuk mengembalikan penampilan asalnya dari segi bentuk, kekuatan serta warna. Ia mengibaratkan perisai untuk melindungi gigi yang lemah.
Crown seramik mempunyai penampilan yang sangat mirip dengan gigi asli. Ia diperbuat daripada bahan porselin yang mampu meniru warna, kilauan, dan ketelusan gigi semula jadi. Selain itu, crown seramik juga biokompatibel, bermakna crown seramik sesuai untuk pesakit yang mungkin mempunyai alergi terhadap logam.
Crown seramik merupakan pilihan yang paling sesuai untuk gigi hadapan atau gigi yang mudah dilihat kerana penampilannya yang semula jadi. Walaubagaimanapun, crown seramik kurang tahan lasak berbanding crown logam, jadi ia kurang sesuai untuk gigi yang menanggung tekanan kunyahan yang kuat terutamanya dengan tabiat mengetap gigi (bruxism).
Crown logam telah digunakan selama beberapa dekad dalam bidang pergigian kerana ketahanannya yang sangat tinggi. Ia diperbuat daripada logam sepenuhnya atau campuran logam seperti emas, kromium, atau nikel. Crown ini sangat tahan terhadap tekanan kunyahan, menjadikannya ideal untuk gigi geraham di bahagian belakang mulut.
Walaupun kuat dan tahan lama, crown logam kurang estetik kerana warnanya yang tidak menyerupai gigi semula jadi. Bagi pesakit yang peka terhadap rupa gigi mereka, terutama di kawasan yang mudah dilihat, crown seramik mungkin pilihan yang lebih sesuai. Namun, dari segi fungsi dan kos, mahkota logam masih merupakan pilihan yang sangat praktikal.
Memilih antara mahkota seramik dan logam bergantung pada beberapa faktor utama seperti lokasi gigi, keperluan estetik, kekuatan yang diperlukan, dan juga bajet. Berikut ialah perbandingan ringkas untuk membantu anda membuat keputusan:
Ciri-Ciri | Crown Seramik | Crown Logam |
Estetik | Sangat mirip gigi asli | Kurang menarik, warna logam jelas |
Ketahanan | Baik secara keseluruhan | Sangat kuat tahan tekanan tinggi |
Kos | Biasanya lebih tinggi | Umumnya lebih berpatutan |
Pemasangan crown gigi biasanya tidak menyakitkan kerana doktor gigi akan menggunakan bius setempat semasa prosedur. Anda mungkin akan berasa sedikit tidak selesa selepas prosedur, tetapi ia akan reda dalam beberapa hari.
Dengan penjagaan yang baik, crown gigi boleh bertahan sekitar 10 tahun bergantung pada lokasi dan tabiat penjagaan mulut.
Crown seramik agak kuat, tetapi ia boleh pecah jika anda menggigit benda keras atau mempunyai tabiat seperti mengetap gigi (bruxism). Oleh itu, ia tidak sesuai untuk gigi geraham yang menanggung tekanan kunyahan tinggi.
Ya, tetapi sebaiknya berbincang dengan doktor gigi anda. Pemilihan jenis crown harus berdasarkan lokasi gigi, keadaan gigi, bajet dan juga keperluan estetik anda.
Ya, crown gigi memerlukan penjagaan yang sama seperti gigi asli. Anda perlu menggosok gigi dua kali sehari, menggunakan flos setiap hari, dan menghadiri pemeriksaan berkala di klinik gigi. Walaupun crown itu sendiri tidak boleh rosak akibat kaviti, gigi di bawahnya masih boleh terjejas jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik
Setiap pesakit mempunyai keperluan dan keutamaan yang berbeza. Sebagai klinik pergigian yang berpengalaman, kami di Lumiere Dental Clinic sentiasa bersedia membantu anda memilih jenis crown yang paling sesuai dengan harga yang berpatutan serta kualiti yang terjamin. Pemeriksaan mulut yang menyeluruh dan perbincangan lanjut dengan doktor gigi akan memastikan anda mendapat rawatan terbaik mengikut keperluan individu.
Hubungi kami hari ini untuk pemeriksaan atau rundingan lanjut. Kami sedia membantu anda mendapatkan senyuman yang sihat dan menawan. Lighting up your smile!
Copyright @ 2024 Lumiere Dental. Project by MYSense Marketing