Bilakah Perlu Menjalani Rawatan Scaling Gigi?

Scaling gigi, atau juga dikenali sebagai cuci gigi, adalah prosedur pembersihan profesional oleh doktor gigi untuk membuang plak dan karang gigi yang keras dan degil daripada permukaan gigi dan gusi. Proses ini dilakukan menggunakan alatan khas seperti scaler ultrasonik untuk mengikis karang gigi yang tidak boleh dibersihkan hanya dengan memberus gigi harian, dan ia penting untuk mencegah masalah gigi seperti kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Kepentingan Scaling gigi untuk kesihatan mulut

  • Karang gigi tidak boleh dibersihkan hanya dengan memberus gigi harian kerana ia menjadi keras dan melekat kuat pada gigi.

  • Penumpuan karang gigi yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kerosakan gigi dan masalah gusi yang serius. 

  • Prosedur ini penting untuk kesihatan gigi jangka panjang, dan perlu dilakukan secara berkala.

Tujuan Scaling gigi

  • Membuang Plak dan Karang Gigi: Membersihkan penumpuan plak dan karang yang keras yang melekat pada gigi. 

  • Mencegah Penyakit Gusi: Menghapuskan bakteria penyebab radang yang boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis.

  • Mengurangkan Bau Mulut: Menghilangkan sumber bakteria yang menyebabkan nafas tidak sedap.

  • Menjaga Kesihatan Mulut Menyeluruh: Memastikan kesihatan gigi dan mulut secara keseluruhan dan mencegah masalah yang lebih serius di masa depan.

Tanda-tanda utama anda memerlukan Scaling gigi

  1. Gusi bengkak, merah, atau  mudah berdarah ketika memberus gigi sebagai tanda awal radang atau pun inflamasi gusi (Gingivitis)

  2. Pernafasan mulut berbau walaupun selepas memberus gigi

  3. Plak dan karang gigi berwarna kuning atau coklat yang kelihatan di sekitar gigi dan gusi

  4. Gigi terasa kasar (tekstur karang gigi)

  5. Gigi mula bergoyang sebagai radang periodonium atau radang gusi tahap lanjut ( Periodontitis)

Kekerapan Scaling gigi yang Disarankan

Kekerapan ideal untuk scaling gigi bagi kebanyakan individu adalah setiap 6 bulan sekali, atau sekurang-kurangnya setahun sekali, untuk mengekalkan kebersihan gigi dan mencegah masalah seperti penyakit gusi, karang gigi, dan kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, kekerapan ini boleh berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan mulut, sejarah penyakit gusi, dan kadar pembentukan plak dan karang gigi, jadi anda perlu berbincang dengan doktor gigi untuk menentukan kekerapan yang sesuai untuk anda.

Faktor yang Mempengaruhi Kekerapan Scaling

  • Kesihatan Gusi:
    Jika anda mempunyai penyakit gusi atau masalah gusi yang serius, doktor gigi mungkin akan mengesyorkan scaling yang lebih kerap untuk menguruskan keadaan tersebut.
  • Pembentukan Plak dan Karang Gigi:
    Sesetengah individu mempunyai kecenderungan untuk mengumpul plak dan karang gigi lebih cepat daripada orang lain. Ini mungkin memerlukan scaling yang lebih kerap.
  • Sejarah Kesihatan Mulut:
    Sejarah masalah pergigian atau keadaan kesihatan mulut anda boleh mempengaruhi kekerapan rawatan yang disarankan oleh doktor gigi.

Perbezaan antara individu yang berisiko tinggi dan rendah dalam scaling gigi

Risiko Tinggi 

 

Risiko Rendah

Penderita diabetes, penyakit gusi (Periodontitis), penyakit jantung, sistem kekebalan tubuh lemah

Kondisi Kesihatan 

Kesihatan mulut yang baik, tidak memiliki faktor risiko lain (infeksi darah, penyakit jantung,kencing manis)

Merokok 

Faktor gaya hidup

Tidak merokok

Setiap 3-4 bulan

Frekuensi Scaling Gigi

Setiap 6 bulan atau 1 tahun sekali 

Frequently Asked Questions (FAQs) / Soalan Lazim

1. Berapa kerap kita perlu melakukan scaling gigi ?

Untuk individu yang berisiko rendah : setiap 6 bulan-1 tahun sekali , untuk individu yang berisiko tinggi : setiap 3-4 bulan sekali. Secara umum , kita perlu prosedur scaling gigi setiap 6 bulan-1 tahun sekali

2. Berapa masa yang diperlukan untuk prosedur scaling gigi?

Scaling gigi biasanya mangambil masa dalam 15-20 minit mengikut keadaan dan kondusi kebersihan mulut , kalau seseorang  lama tak buat scaling , karang gigi keras dan tebal , scaling gigi akan ambil lagi panjang masa

3. Adakah scaling gigi menyakitkan ?

Secara umum, scaling gigi tidak menyakitkan kerana doktor di Klinik Pergigian Lumiere Dental akan menggunakan “Painless Ultrasonic Scaler Machine”  untuk menjalankan prosedur Scaling gigi

4. Adakah scaling gigi merosakkan Enamel?

Tidak , kerana scaler mesin yang digunakan semasa scaling direka khas untuk membuang karang gigi dan plak sahaja dengan getaran ultrasonik tanpa menjejaskan permukaan Enamel 

5. Apa yang perlu dilakukan selepas scaling gigi ?

Selepas scaling , anda perlu mengelakkan makanan yang  terlalu panas, sejuk dan manis untuk mengurangkan sensitiviti gigi dan gusi . Anda juga digalakkan memberus gigi lembut menggunakan berus gigi yang berbulu halus.Menggunakan benang gigi setiap hari, dan berkumur dengan air garam atau ubat kumur yang disyorkan doktor. Penting juga untuk mengelakkan merokok dan alkohol, serta menjadualkan temukanji susulan dengan doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut. 

Conclusion: Is Invisalign Worth It for Your Teen?

Scaling gigi adalah satu prosedur pergigian yang sering diabaikan oleh setiap individu kerana mereka tidak memahami kepentingan dan tujuan scaling gigi serta menyesal selepas mendapat penyakit gusi ( Periodontitis). Setiap individu digalakkan sekurang- kurangnya setahun sekali untuk membuat scaling gigi tanpa alasan di klinik pergigian. Maklumat selanjutnya boleh menghubungi Klinik pergigian Lumiere Dental.